DEAR DIARY1 JANBirai katil bilik tidurDEAR YAYAH….Tidak berapa hari lagi sekolah akan dibuka.Hati aku berdebar semenjak semalam lagi.Bukan apa,nanti apabila sampai di sekolah,aku akan berjumpa dengan Fatin.Disebabkan kenakalan beberapa orang kawan,tidak fasal-fasal aku berkawan dengan Fatin,rakan sekelas Afifah sebelum cuti semester yang lepas.Kawan senyap-senyap,Aishah dan Amirah Aqilah pun tidak tahu.Sekiranya tahu…….(tidak mahulah fikir.)Tidak boleh fikir bagaimana reaksi aku nanti apabila jumpa dia.Malu ini! Mana pernah berkawan rapat dengan budak kecil.Ada itu ada tetapi setakat kawan yang sama-sama bising di dalam kelas, yang sama-sama baik,yang tidak melibatkan urusan hati dan perasaan.Apa aku rasa ya?Hmm…err… Ha, itu dia! Sampai hendak tulis dalam bentuk ayat pun tidak boleh fasal perasaan.Ya Allah, minta-minta aku jangan jadi macam orang lain ya. Sudah ada kawan perempuan mula jadi baik. Baiknya aku memikirkan kawanku.Minta didekatkan….AMIN!11.30 MALAM
“Ya Allah, panasnya hari ini!”keluh A`in Nabilah.Jam sudah menunjukan pukul 1.30 tengah hari..A`in Nabilah masih belum siap selepas balik dari kelas tadi.A`in Nabilah baru sahaja makan tengah hari,menunya menarik sekali iaitu ikan “naga” goreng dan sayur masak lemak tetapi kuahnya cair sekali sehingga boleh nampak bayang muka. Boleh beri nama baru,sayur “balak” masak air berperisa santan.Pembasuh mulut pula hanyalah hirisan buah tembikai yang sudah lunyai dipilih pelajar yang datang lebih awal. Apa hendak buat,,, beginilah nasib hidup di sekolah. “A`in Nabilah,buat apa itu? Berkhayal lagi… awak sudah sembahyang zuhur? Sekejap lagi hendak pergi kantin dan bookshop pula,” Tegur Afifah,, teman sekelasnya.“Yalah,yalah. Saya sedang tunggu giliran hendak beratur di kantin.Tadi bilik air di belakang itu semunya penuh.Hendak ke hadapan,,jauh sangatlah.. Badan saya panas,” jawab A`in Nabilah sambil meniarapkan badannya.“Apabila bilik air sudah kosong nanti,, beritahu ya.Saya hendak berehat sekejap,” sambungnya lagi.Sudah kosong pun.Cepat sedikit pergi bilik air tu.Awak hendak pergi kantin dengan saya, bukan?” Tanya Afifah“Awak hendak biarkan saya berjalan seorang diri pula ke bangunan akademik itu? Tidak seronoklah!”“Mengapa?Sejak bila awak jadi penakut?” Afifah mengusik.“Bukannya takut tetapi saya risau nanti terserempak dengan Amira Adlina…Tidak habis-habis suka mengacau…Puan punya badan memanglah cantik dan menawan tetapi baiklah orangnya.”“AmiraAdlina memang begitu orangnya…Dahulu,,semasa saya satu kelas dengan dia dari darjah satu sehingga empat,
dia memang suka menyakat orang.Tetapi saya tidak pasti mengapa dia selalu usik awak pula sekarang.Entah-entah dia nak berbaik dengan awak?”“Hendak cari nahas? Marah peminat-peminat dia nanti,tidak fasal-fasal kita kena serang.”“Sudah tahu begitu,,baik awak cepat sedikit…Saya mahu tawaf sekejap sebelum masuk ke kelas…Hendak lalu hadapan kelas 4 Dedikasi,,saya mahu intai kawan saya datang kantin ataupun tidak.Sebelum mula belajar kena tengok sumber inspirasi dahulu, barulah naik semangat sedikit,” selamba sahaja Afifah memberitahu A`in Nabilah.
“Okey,Nurin.Saya hendak pergilah ini.Tunggu sekejap ya,”Dengan senyuman penuh ayu,A`in Nabilah terus mencapai botol air ke kantin.
“Afifah!Tolong saya, boleh?Saya terlupa bawa buku matematik ,”laung A`in Nabilah dari bilik matematik.Jeritan A`in Nabilah agak kuat,agaknya budak-budak sekolah sebelah pun dengar.
“Sudah tahu hendak ke tandas ,mengapa tidak bawa buku matematik siap-siap?” tegur Hidayahtul yang kebetulan sedang bersiap-siap di hadapan pintu di bilik matematik.”Suara awak nyaring sangat sampai bergegar pintu ini, nasib baik tidak pecah,tahu?” tambahnya lagi.
‘Alamak! Nur Nabilah ada di belakang aku?Tadi semasa hendak masuk ke bilik matematik macam kosong sahaja bilik matematik ini,’fikir A`in Nabilah.
“Maafkan saya ya, Hidayahtul.Saya tidak tahu ada orang di luar itu.Saya pun tidak tahu pintu tu pecah, nanti tentu susah awak hendak menilik ‘spot lights’ yang baru tumbuh di hidung itu,bukan?"“Cakap biarlah berlapik sedikit.Itu isu sensitif.Rasa seperti hidung saya ini senget apabila tengok di cermin bilik matematik. Sakit pula,”keluh Hidayahtul.
‘Terlebih bergaya, umur baru setahun jagung sudah sibuk bersolek.Kulit muka terlebih cantik,mana tidak naik lari,’fikir A`in Nabilah.
Kedengaran bunyi tapak kaki orang berlari-lari menuju ke arah bilik air.Boleh tahan kuat juga bunyinya,maklumlah daripada kayu. Rupanya ala-ala rumah panjang orang asli tetapi rumah panjang ini cantik sekali. Dapat memuatkan lebih kurang 52 orang pelajar ,setiap bilik dikhaskan untuk dua orang pelajar.
Di bahagian hadapan dan belakang sekolah ada bilik stor sukan,tandas,bilik salin pakaian dan bilik air saluran. Di bahagian tengah ada “pendidikan khas” bagi pelajar istimewa. Memang betul-betul best.
“A`in Nabilah ambil buku matematik ini.Pergi makmal matematik cepat-cepat. Lain kali tolonglah jangan menjerit.Suara itu bukannya sedap, sekirannya awak naikkan sedikit sahaja lagi, hujan rebut tentu akan melanda.Itu pun di luar Nampak mendung semacam sahaja,”bebel Afifah.
“Yalah,Nurin….”Sengaja A`in Nabilah melambatkan pergerakannya, semata-mata hendak menyakat Afifah yang sudah tidak sabar-sabar hendak buat tawaf.“A`in Nabilah cuba awak itai di dalam kelas itu,Farzana ada?” bisik Afifah.
“Sekejaplah.Mengapa saya pula yag kena mengintai?Bukankah awak yang sibuk hendak tengok sumber inspirasi itu?”A`in Nabilah merungut“Tolonglah.Nanti dia nampak saya terhendap-hendap tentu dia fikir ada Nabilah baik sedang buat wayang di hadapan kelas.Tidak syoklah begitu.”“Pandailah awak mengelak.Hendak jadi ayu konon.Sekiranya dia nampak saya tidak mengapa, ya?” A`in Nabilah merungut.Beginilah setiap hari,sebelum waktu kantin petang bermula.Afifah sungguh meminati izzati (s),budak darjah 4 Elit.Nurul Balqis berkulit cerah dan ada lesung pipit di kedua belah pipinya.Senyumanya, alahai… boleh luruh jantung sesiapa yang memandangnya.Itu kata-kata yang keluar dari mulut Afifah.Izzati (s) tidak tahu pun yang dia ada ‘secret admirer’ sebab Afifah cuma meminatinya dari jauh sahaja.“Okey,okey.Ada, dia sedang berborak-borak dengan Izzati(s),” ujar A`in Nabilah.
“Alamak!Dia pandang sinilah.Awak rasa dia perasankah kita mengintai dia?”A`in Nabilah sedikit menjerit sambil cepat-cepat menarik tangan Afifah
“Yakah? Ayuh, kita masuk kelas,cepat! Saya tidak mahu dia tahu saya kawan dengan dia. Malu1” ngomel Afifah.
“Yalah itu. Malu tetapi mahu….,”A`in Nabilah mengusik Afifah.“Aduh! Sekiranya ya pun, janganlah cubit bahu saya.Sakitlah.”
“Mana ada?” balas Afifah.
“Apa? Tidak betulkah apa saya cakap ini?” kata A`in Nabilah lagi sambil menggosok-gosok bahunya yang pedih dicubit Afifah.“Memang nak kawan tetapi saya tidak mahu jadi seperti orang kata,perigi mencari tinba.Saya mahu dia yang kawan dengan saya,”Afifah berfalsafah sambil berjalan menuju ke kelas.“Peduli apa dengan perigi ataupun timba.Sekiranya awak tidak cuba buat sesuatu, bagaimana hendak tahu dia kawan dengan awak ataupun tidak.Kenalah berusaha sedikit.Cari jalan bagaimana awak hendak menarik perhatian dia,”A`in Nabilah memberikan pendapatnya.“Awak tidak perlu bersusah payah memikirkan hal saya.Saya suka begini.Barulah ‘thrill’ sedikit.Sekiranya tidak, mana seronok tinggal di sekolah ni.Asyik,asyik benda yang sama sahaja setiap hari.Pergisekolah,balik sekolah.Makan,tidur, selepas itu sambung lagi belajar.Rutin yang sama sahaja setiap hari.Saya bukannya ada kawan misteri seperti awak.Saya juga tidak jadi wakil sekolah main bola tampar seperti awak.Sekurang- kurangnya dengan aktiviti tawaf ini, ia memeriahkan lagi hidup saya sebab aktiviti ini ala-ala ‘adventurous’.”A`in Nabilah hanya mengangguk-angguk tetapi dahinya kelihatan berkerut-kerut seolah-olah sedang berfikir.
“A`in Nabilah, saya sudah hendak masuk kelas.Balik nanti kita jumpa di tangga tepi kelas ya.Sudah pukul 2.20. Cepat sedikit jalan.Jangan tawaf lagi. Nanti terserempak dengan warden, nahas awak.
“Okeylah,saya pun sudah hendak pergi kelas.Kirim salam pada ‘you all’ itu.Beritahu dia, saya tunggu nota sains dia seperti biasa,” pesan A`in Nabilah kepada Afifah sambil mengenyit matanya yang bulat itu.
“Seperti biasa, ya,” balas Afifah tanda faham dengan pesanan A`in Nabilah.A`in Nabilah dan Afifah, walaupun tinggal satu kelas di sekolah tetapi berbeza darjah.A`in Nabilah pelajar darjah 4 Dedikasi
Sementara Afifah pelajar darjah 4 Dedikasi .Dalam diam,A`in Nabilah sebenarnya ada seorang kawan istimewa, satu kelas dengan Afifah tetapi hanya beberapa orang yang tertentu yang mengetuai hal itu.Fatin, seorang pelajar yang sangat baik, berkulit putih kuning, bolehlah di Kategorikan sebagai pelajar cantik tetapi agak pendiam sedikit orangnya.Dia agak popular dan diminati ramai pelajar perempuan kerana perwatakannya dan kerana dia juga salah seorang pemain bola jaring sekolah.Fatin dan A`in Nabilah tidak selera persahabatan mereka diketahui ramai .Oleh itu, mereka berdua bersepakat hanya mahu persahabatan melalui surat.Afifah bagi pihak A`in Nabilah dan Izzati (s) dari pihak Fatin bertindak sebagai posmen tidak bertauliah.Sedang A`in Nabilah tergesa-gesa menuju ke kelasnya, tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan muncul dari tangga sebelah kanannya,terus terlanggar A`in Nabilah.Nampaknya dia pun dalam keadaan tergesa-gesa.Mungkin lambat juga.Waktu belajar sudah hampir bermula….“Aduh!” jerit A`in Nabilah.Habis buku nota dan failnya jatuh berterabur kerana dilanggar pelajar perempuan terbang tadi.“Maaf,ya.Saya tidak sengaja,” balas pelajar perempuan itu.“Awak rupa-rupanya,A`in Nabilah.Assalamualaikum,saya bantu awak, ya!” rupa-rupanya orang itu adalah Amira Adlina, budak 4 Dedikasi yang A`in Nabilah paling suka kawan dengan Amira Adlina.Amira Adlina suka mengacau dia tanpa mengira tempat dan waktu sehingga naik rimas A`in Nabilah dibuatnya.Merah padam muka A`in Nabilah kerana terkejut.Niatnya mahu mengelk daripada bertembung dengan Amira Adlina tidak kesampaian.Nasib tidak menyebelahinya hari ini.
“Lain kali, apabila berlari ataupun terbang, pandang hadapan elok-elok.Ini tidak, main rempuh orang tidak tentu fasal.Sakit, tahu!” A`in Nabilah mengambil kesempatan itu memarahi Amira adlina.“Sudahlah! Tidak payah susah-susah hendak menolong.Saya pergi dulu. Waalaikumsalam…..” tambah A`in Nabilah lagi dan terus meluru masuk ke dalam kelasnya.Amira Adlina berdiri sambil tersengih seperti kerang busuk.“Amboi, marahnya dia. Bukannya saya sengaja hendak langgar. Tetapi tidak mengapa, dia jawab juga salam saya. Kiranya sudah cukup bagus,” kata Amira Adlina perlahan.Petang itu,A`in Nabilah dan Afifah terserempak dengan Fatin yang sudah pun berpakaian sukan.Dia baru sahaja selesai menikmati minum petang di dewan makan.Dari jauh lagi mereka dapat nampak Fatin tersengih-sengih memandang ke arah mereka berdua.A`in Nabilah cuba berlagak seperti biasa, selamba walaupun sebernanya dalam hati malu ada, hendak tergelak pun ada.Ada kawan perempuan boleh tegur,boleh bermesra dengan kawan perempuan.Nanti jadi buah mulut orang, susah. Afifah, sengaja hendak mengusik, terus menegur Fatin. “Hai, cepat tukar baju sukan.Tidak sabar hendak main panas, kah? Nanti gelap kulit itu, ada yang tidak sabar.”“Apa? Tukar baju?” Fatin tunduk sambil memegang baju sukannya. “Oh… petang ini ada latihan bola. Minggu hadapan kita kena lawan sekolah teknik,” jawab Fatin, sedikit gugup. Agaknya dia tidak menyangka yang Afifah akan menegurnya dengan A`in Nabilah berdiri memerhati di sebelah.
“Nanti turun ke padang
No comments:
Post a Comment